Pada 18/12/09 hingga 20/12/2009 aku bersama keluarga balik kapong menaiki pesawat Airasia..bukan apa saja bawa anak2 merasa naik kapalterbang..almaklumlah airasia ni ada tambang murah.. tiket lama dah bookingnya....sampai kat Pengkalan Chepa hujan renyai aku menyewa kereta untuk 2 hari..perjalanan dari Pengkalan Chepa ke Tanah Merah aku bawa perlahan dalam 80km sejam kerana sepanjang jalan hujan. Sampai Di Tanah Merah hujan berterusan sampai pagi esoknya....akibatnya kampung Gual Petai Lima sudah putus hubungan kereta & motosikal sudah tidak boleh keluar kerana dua jalan keluar masuk sudah dipenuhi oleh air lebih kurang 0.5meter....tapi hajat aku nak main banjir tercapai juga kerana lama dah tak merasa suasana banjir kat kampung...